Join us

Autoresponder Terbaik!

Instapage

Sunday 21 September 2014

Review Buku: Focal Point - Brian Tracy


Salam Sejahtera dan Assallamualaikum serta Selamat Pagi Ahad :) 
Kali ni entry admin nak review buku Focal Point Brian Tracy yang telah dialih bahasa keluaran dari PTS dengan cetakan pertamanya tahun 2011.   Buku ini setebal 207 mukasurat, dan gaya bahasa yang disampaikan memang mudah difahami dan amat menarik gitu.  Buku ini mempunyai 12 Bab Utama yang amat menarik sekali dan khususnya untuk para usahawan online dan offline.  Cer lihat tajuk kandungan dibawah:


Buku ini khususnya untuk kita lebih Fokuskan apa yang kita buat, dengan memfokuskan kerja-kerja yang penting akan dapat meningkatkan produktif produk keluaran..Dengan menggunakan Teknik 80/20 dengan hanya melaksanakan kerja sedikit 20% menyumbang kepada pulangannya 80% ! Teknik2 dan caranya diceritakan di dalam buku ini.

Satu contoh yang menarik yang diceritakan di dalam buku ini, " Satu tanda X pada loji nuklear berharga RM40,000! Pengurus loji terkejut dengan bil tersebut dan telah menghantar surat kepada syarikat yang menghantar seorang penyelidik.  Syarikat telah menghantar surat balas dalam bentuk invois kepada pengurus loji dan jawapan berbunyi -

- Kerja memangkah 'X' pada tolok RM4.
- Tahu tolok mana yang patut dipangkah 'X' = RM39.996.00

Bagus buku ini untuk dibaca sebagai satu buku motivasi dan sebagai modul untuk peningkatan diri dalam perniagaan khususnya..

Kepada anak-anak Shaklee saya, cepat dapatkan buku ini di PTSInsya Allah dengan mempelajari konsep ini dapat diterapkan dalam perniagaan :)

Siapa Brian Tracy? Belia adalah seorang penceramah profesional beliau pernah berkhidmat dengan lebih 500 badan korporat, menyampakan lebih 2000 ceramah dan berucap di hadapan jutaan pendengar!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...