Join us

Autoresponder Terbaik!

Instapage

Monday 29 September 2014

Nutrisi Yang Hebat: Kluang Oh Kluang!

Nutrisi Yang Hebat: Kluang Oh Kluang!: Dah hampir 7 tahun saya duduk di Kluang ini hinggakan telah pun membeli sebuah rumah yang tak seberapa di Taman Sri Impian :) Alhamdull...

Kluang Oh Kluang!


Dah hampir 7 tahun saya duduk di Kluang ini hinggakan telah pun membeli sebuah rumah yang tak seberapa di Taman Sri Impian :) Alhamdullilah.  Memang amat menarik duduk di Kluang nih..Antara faveret ku ialah Kluang Rail Coffee gitu..Bun Bakar satuuuu...Sapa yang tak pernah pergi sini cer angkat tangan :)

Antara lain yang menarik kalau nak tahu, adalah Kopi Cap Televisyen :) Pernah minum tak?? Perghhh kalau pernah minum kompom akan mau laik..Mula-mula dulu saya belikan untuk ibu saya dan juga ibu mertua saya...apalaik..nak order laik, sbb sedapppp katanya...dan jarang susah nak dapat di negeri lain!
Haaa ini diaaaaa kilang kopi Cap TV tuh...memang menarik..kopinya best A++++, tak caya cer try beli tgok....ok lah kali ini entry nya hat tuh jek pun sbb sy suka duk Kluang nih :)... Sapa2 yang free nak bertanya tentang produk Shaklee, jom kita ngopi di Kluang Rail Coffee sambil pekena Bun Bakar + Kopi Ais C tuhhh...sambil mkn baru syok mnyembang :)

#ShakleeKluang
#Nutrisiyanghebat
#ShakleeEffect

Membuat Landing Page Yang Nampak Pro!



Salam dan selamat pagi! :) Kali ini saya nak share ilmu bagaimana anda boleh membuat LANDING  PAGE yang nampak Pro dalam 5 min dan PERCUMA!! Contohnya >>  http://sid.myinstapage.com/

Apa itu LANDING PAGE?  Landing page sebenarnya adalah untuk kita mendapatkan Nama dan juga email bakal-bakal pembeli atau bakal-bakal subcriber kita..iaitu orang yang betul-betul mahukan perkhidmatan atau produk kita!

Susahkan kalau kita tidak tahu caranya, mungkin terpaksa keluarkan duit nak suruh orang buat.. Tetapi kini, anda yang tidak mahir seperti saya pun boleh membuatnya dalam masa 5 min dan PERCUMA sahaja tau :)


Ok, saya menggunakan InstapageInsta page ini adalah PERCUMA, dan di dalam Instapage ini terdapat 70 Template yang Profesional yang boleh anda buat sendiri!  Landing page yang pertama anda buat, anda akan dapat link url yang anda boleh PUBLISH kan kepada umum..

Try ler kodek-kodek, very interesting gitu :)  Tapi Offcourse lah, PERCUMA itu TERHAD untuk satu link sahaja setelah anda siapkan LANDING PAGE anda.  Cukuplah kan..at least ada lah juga LANDING PAGE yang menarik dan mengikut citarasa anda gitu..

Okeh itu sahaja saya nak share tentang LANDING PAGE.. Jom buat satu, Klik sini>>  INSTAPAGE

Sunday 28 September 2014

Penjagaan Rumah Shaklee

Salam.

Saya nak bercerita sedikit mengenai produk Penjagaan Rumah Shaklee.

Ramai sebenarnya yang tak tahu, bahawasanya Shaklee bukan sahaja mempunyai supplements, malahan ada juga Produk Kecantikan dan juga Produk Penjagaan Rumah. Iye?? Betulllll... Ini bukan cubaan..

Set Penjagaan Rumah Shaklee:
1. Soft Fabric Concentrate
2. Hand Dish Wash
3. Basic H
4. Fresh Laundry Concentrate


OK, ni nak bercerita tentang Shaklee Fresh Laundry Concentrate. 

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee Fresh Laundry Concentrate.
Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Shaklee Fresh Laundry Concentrate berbentuk serbuk. Jadinya, disarankan 'dilute" dahulu serbuk pencuci ni. Maknanya masukkan dahulu serbuk pencuci Fresh Laundry Concentrate ke dalam washing machine dan isi air seperti biasa kemudian baru dimasukkan baju yang hendak dibasuh. Mudah kan?

Shaklee Fresh Laundry Concentrate ni tak menghasilkan buih yang banyak, jadi proses untuk membilas amatlah mudah. Dan semestinya tidak membazirkan air!

Dah bilas pakaian, haruslah pakaian itu dilembutkan, betul? haaa...di sinilah gunanya Shaklee Soft Fabric Concentrate.


Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan
Soft Fabric Concentrate sememangnya menjimatkan! Sebotol boleh melembutkan 64 hasil cucian! Ini bermakna, anda hanya memerlukan 14ml sahaja Soft Fabric Concentrate untuk melembutkan satu muatan penuh pakaian.

Hanya satu sudu besar untuk hasil cucian yang lembut dan menyegarkan!

Jom Bantu Saya Buat Survey Kejap :)

Free surveys by QuestionPro

Saturday 27 September 2014

Buku Motivasi Untuk Anak Shaklee


Sebuah lagi buku untuk anak shaklee saya di JB :) Harapan semoga berbahagia menerima buku yang tidak seberapa ini ya.  Buku ini saya telah baca dan pada pendapat saya, buku ini memang best lah A+++ gitu.  Ada 4 Bab Utama dan 1 Bab Bonus.  


Terima kasih kerana setia bersama saya dan mari kita bersama-sama menunju ke puncak jaya ya. :) 

Thursday 25 September 2014

Perniagaan Untuk Surirumah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)
Kali ini entry admin nak bercerita sket tentang perniagaan untuk surirumah. Siapa kata Surirumah tidak boleh berniaga hanya dari rumah?? Zaman sekarang sudah berubah..Zaman sekarang lebih dikenali sebagai zaman media sosial. Siapa yang tidak tahu internet boleh dikatakan ketinggalan zamanlah juga..(Jangan marah ya :) ) Sebelum ini entry saya ada memaklumkan bahawa penduduk Malaysia sahaja seramai 30 Juta, pengguna internet di Malaysia adalah 67% (20 Juta) daripada 30 juta itu...Banyakkan?? So, adalah rugi sekiranya anda tidak menggunakan peluang yang terbuka ini, contohnya kalau dapat 1% daripada 20 Juta tuh agak2 cukup tak ntuk keperluan setiap bulan?? :)
Rugi kalau ada internet tapi HANYA TAHU BER-FACEBOOK, tengok YOUTUBE, CHATTING dan lain-lain.....DAN KENA BAYAR BIL TIAP-TIAP BULAN TANPA DUIT MASUK!!! RUGIIIIIIIINYERRR!!!.....


Kehidupan biasa sebagai surirumah adalah menyiapkan anak2 untuk ke sekolah, memasak, membasuh baju, menggosok baju, melipat baju, menyediakan makanan tengahari untuk suami tercinta dan juga anak2 dan banyak lagi..dan HANYA MENGHARAPKAN GAJI SI SUAMI SAHAJA SETIAP BULAN!! SEKIRANYA GAJI SUAMI BESAR ok lah.. 

Ada tak terdetik di dalam hati untuk hendak membantu si suami dari segi kewangan? Saya rasa pasti ada bagi setiap surirumah..Betui dak?? :) Alasan seperti:

# MALASLAH!
# SUSAHLAH NAK BUAT!
# TAK TAHU LAH!
# MASA TAKDAK LAH!
# BOLEH KER?!

ITU SEMUA ALASAN ORANG YANG GAGAL!! TAPI DUIT NAK!!! Bagaimana nak bermula?? Ok Boleh BERMULA SEKARANG!!

Dengan SHAKLEE sungguh mudah!..Anda tidak perlu ada MODAL YANG BANYAK untuk bermula, hanya daftar sebagai Shaklee Independent Distributor, hanya RM65 SEUMUR HIDUP lagi tuhhh... anda boleh GUNA DULU!! untuk anda sendiri atau juga keluarga.  Dah guna baru tahu kebaikkannya yang anda boleh kongsikan bersama-sama kawan-kawan dan juga sedara mara. Sebab Shaklee sudah 50 tahun produknya di pasaran dan beribu testimoni untuk setiap produknya serta semua produknya telah menjalani banyak ujian klinikal peringkat antarabangsa!

Anda mungkin tahu Shaklee, tapi anda TIDAK TAHU apa yang bagus sangat SHAKLEE nih kan??
Dulu ibu mertua saya ada bercakap sebelum menggunakan produk Shaklee "Ohh Shaklee", (Macam tahu jekk) tetapi setelah menggunakan beberapa produk SHAKLEE yang saya syorkan barulah beliau begitu kagum dan jatuh cinta lah katakan dengan produk-produk Shaklee...sebab apa?? Sebab produknya BERKESAN!!

Saya pasti, RAMAI YANG TAHU SHAKLEE, TETAPI TIDAK TAHU SEBENARNYA KEBAIKKAN SHAKLEE!!

So, sebagai surirumah kita guna dulu, baru tahu kemudian lepas guna kita share kebaikkannya di FB dan sebaginya..Bila dah jadi Shaklee Independent Distributor (SID) tuh, kita beli pon dengan harga ahli jauh lebih murah gitu.. Kalau kawan anda hendak beli, melalui anda, boleh sahaja anda beli melalui akaun anda dan terus membuat pembayaran secara online...dan barang tersebut akan sampai terus kepada kawan anda!! Mudah kan?? Yang bagusnya Shaklee nih bukan macam MLM yang lain-lain tuh yang berkejaran nak kena cari PAIRING.. produk belum tentu lagi bagusnya. Inilah sebabnya mengapa saya setia dengan SHAKLEE :).. 

Alhamdullilah dengan jadi ahli, saya dikelilingi oleh mereka yang telah berjaya dan menunjukkan juga bagaimana mendekatkan diri lagi dengan ALLAH SWT.  Kalau nak pintu rezeki terbuka, hubungan kita dengan ALLAH harus kita jaga juga, bukan asyik nak berbisnes jekk... :)

Siapa surirumah yang rasa nak kontek saya nak tanya macam2 soalan..boleh sahaja..Insya Allah saya cuba membantu seadanya.. :) Shaklee bukannya jenis skim orang bawah buat banyak duit, orang atasnya dapat banyak..Orang atas pon kena buat juga kalau nak banyak duit...Sistem yang ADIL gitu..
Sekian Wassalam,

Kontek saya 013-7041359 (Rozy)
Allah tidak akan merubah kehidupan seseorang melainkan
dia berusaha sendiri untuk merubah kehidupannya :)



Sunday 21 September 2014

Review Buku: Focal Point - Brian Tracy


Salam Sejahtera dan Assallamualaikum serta Selamat Pagi Ahad :) 
Kali ni entry admin nak review buku Focal Point Brian Tracy yang telah dialih bahasa keluaran dari PTS dengan cetakan pertamanya tahun 2011.   Buku ini setebal 207 mukasurat, dan gaya bahasa yang disampaikan memang mudah difahami dan amat menarik gitu.  Buku ini mempunyai 12 Bab Utama yang amat menarik sekali dan khususnya untuk para usahawan online dan offline.  Cer lihat tajuk kandungan dibawah:


Buku ini khususnya untuk kita lebih Fokuskan apa yang kita buat, dengan memfokuskan kerja-kerja yang penting akan dapat meningkatkan produktif produk keluaran..Dengan menggunakan Teknik 80/20 dengan hanya melaksanakan kerja sedikit 20% menyumbang kepada pulangannya 80% ! Teknik2 dan caranya diceritakan di dalam buku ini.

Satu contoh yang menarik yang diceritakan di dalam buku ini, " Satu tanda X pada loji nuklear berharga RM40,000! Pengurus loji terkejut dengan bil tersebut dan telah menghantar surat kepada syarikat yang menghantar seorang penyelidik.  Syarikat telah menghantar surat balas dalam bentuk invois kepada pengurus loji dan jawapan berbunyi -

- Kerja memangkah 'X' pada tolok RM4.
- Tahu tolok mana yang patut dipangkah 'X' = RM39.996.00

Bagus buku ini untuk dibaca sebagai satu buku motivasi dan sebagai modul untuk peningkatan diri dalam perniagaan khususnya..

Kepada anak-anak Shaklee saya, cepat dapatkan buku ini di PTSInsya Allah dengan mempelajari konsep ini dapat diterapkan dalam perniagaan :)

Siapa Brian Tracy? Belia adalah seorang penceramah profesional beliau pernah berkhidmat dengan lebih 500 badan korporat, menyampakan lebih 2000 ceramah dan berucap di hadapan jutaan pendengar!

Thursday 18 September 2014

10 Fakta Menarik Tentang Ecommerce & Internet!

Berikut adalah 10 FAKTA YANG MENARIK!!..

1. Dengan menyambungkan televisyen tempatan diubahsuai dengan talian telefon, Michael Aldrich mencipta membeli-belah dalam talian pada tahun 1979.

2.  Pizza Hut adalah salah satu jenama utama yang pertama untuk percubaan dengan perdagangan dalam talian, bermula pada tahun 1994.

3.  India adalah pusat kepada pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang, dan Perancis pula merupakan pusat kepada pertumbuhan e-dagang yang paling perlahan.
4.  80% daripada pengguna talian telah menggunakan internet untuk membuat pembelian, dan 50% daripada pengguna talian telah membeli dalam talian lebih dari sekali.
5.  Peruncitan buku, video, muzik, perkakasan komputer, perisian, elektronik pengguna, pakaian dan kasutboleh membuat anda kaya!
6.  Blog adalah hebat untuk meningkatkan e-Commerce perniagaan! Kajian mendapati 41% daripada rakyat dewasa Amerika Syarikat membaca ulasan dan blog sebelum membeli barangan di Internet.
7.  Berdasarkan statistik, Jumlah penduduk Malaysia seramai 30 Juta,  67% Populasi penduduknya adalah pengguna internet !
8.  71% daripada pembeli percaya mereka akan mendapat tawaran yang lebih baik dalam talian daripada di kedai-kedai.
9.  70% daripada pemilik tablet melayari atau mencari dan membuat penyelidikan produk manakala 47% membuat tempahan untuk barangan!
10. Hampir 63% daripada peniaga dalam talian di Malaysia menjual Fesyen & Aksesori

*P.S - Para 7 tuh yang best :)  Ada nampak peluang tak disitu?? 

Sunday 14 September 2014

10 Tips Paling Efektif Menjual Secara Online!


Kali ini entry saya nak share 10 tips Paling Efektif menjual sebarang produk secara online.. Tips ini memang saya telah guna pakai dari dulu-dulu lagi :)

Tips #1: FB Pages/FB Personal
Ya anda kena ada FB Pages atau FB Personal.  Dengan adanya FB Pages atau FB Personal, bakal pembeli akan berasa yakin untuk membeli dengan anda. Tunjukkan bahawa anda adalah manusia yang jujur dan tunjukkan diri anda :)

 Tips #2: Bina Blog PERCUMA
Selepas buat FB Pages, sekarang bina pula Blog anda.  Tidak perlu membuang duit membeli hosting dan domain sekiranya anda tidak mahir lagi.  Cukup dengan menggunakan platform Blogger seperti saya ini :).  Sungguh mudah nak buat entry dan sebagainya dan mesra pengguna gitu.

Tips #3: Jangan MENJUAL! Kongsi Maklumat!
Di FB Pages anda cuba JANGAN MENJUAL! Maksud saya di FB jangan letakkan post-post suruh orang membeli produk yang anda jual.  Kenapa?? Saya bagi anda contoh situasi di sini:
"Ada seorang penjual produk kosmetik datang dihadapan pintu rumah anda dan memberikan salam, di dalam hati anda pasti anda akan cuba mengelak untuk membuka pintu atau akan cuba menolak apa jua yang dijual penjual tersebut...Si Penjual selepas memberikan salam, terus memperkenalkan diri dan terus menyuruh anda membeli produk yang dijualnya..So, Adakah anda akan membeli??  Kompem anda TIDAK MEMBELI bukan?? Faham maksud saya?? :)

Tips #4: Sediakan Cara Paling Mudah Untuk Membeli
Jangan suruh bakal-bakal pembeli mengisi borang tempahan yang panjang berjela-jela..Kalau boleh sediakan cara yang paling mudah  iaitu samada Whatsapp atau SMS.  Contoh:

Untuk sebarang order sila SMS/Whatsapp <OrderVivix> 
ke 011-1234567

Tips #5: Penghantaran POSLAJU!
Maklumkan bahawa sebarang Penghantaran adalah melalui POSLAJU atau pihak kurier yang lain.  Pembeli bila dah membayar pasti inginkan barangnya sampai dengan CEPAT! Bagi no tracking, whatsapp gambar barang yang telah siap dibungkus atau slip Pos laju.  Updatekan di dalam FB Pages atau FB personal anda tentang penghantaran terkini oleh anda.

Lagi 5 Tips berikutnya...
Tunggu ya, artikel akan datang nih :)

Saturday 13 September 2014

Cuti-cuti Malaysia...AloQ Star..Kami Datang!

Jemmmmm...semua mahu balik cuti ke Utara :)
Kali nih admin nak cerita pasal Cuti.. Hehehehe.. Sempena cuti sekolah ini, admin berserta famili telah melaksanakan perjalanan dari Kluang mulai jam 1725 ptg pada 12 Sep...dan sampai di Aloq Star pada jam 0820 pagi 13 Sep 14. Balik kampung nih dah tentu seronok walaupon perjalanan sungguh jauh dan penat dari Selatan ke Utara gitu :) Alhamdullilah selamat sampai juga akhirnya dalam keadaan selamat dan letih..

Uiiihhh..Tak jauh dah nih...
Pagi tadi memang best cuacanya mendung gitu.. Admin hanya duk sebelah manakala cik Hubby lerr yang memandu..

Akhirnya.... Sampai dengan selamat :)
Walaupon tengah bercuti nih admin telah plan nak melawat kengkawan dan juga berjumpa anak2 Shaklee yang berhampiran...Bisnes tetap berjalan seperti biasa.. Sapa di sekitar Aloq Star yang inginkan nasihat dan panduan tentang bisnes shaklee jom kita jumpa sambil pekena teh tarik kaa saya belanjaa heheheehe..sedia membantu mereka yang benar-benar serius berbisnes produk shaklee :)

Monday 1 September 2014

Jom Lawat S.O.H.O Saya



Workstation saya yang tak seberapa :)
Siapa kata SURIRUMAH tak boleh berniaga online?
Siapa kata TIADA PRODUK tak boleh berniaga online?

Antara keperluan nak online bisnes nih yang pertama sekali No. #1 Internet.  Hehehehe..Of course lah kalau tiada internet nak bisnes mendenyer :).  Saya hanya menggunakan plan internet dari pihak Yes.

No. #2 Laptop.Haa kalau tiada laptop, PC pon jadiklah..dahulu kala saya menggunakan PC shj..hasil rezeki duit bisnes juga telah sambar satu Laptop Acer jekk..

No. #3 Produk.  Ada orang bisnes online kata KENA ada produk...tapi zaman sekarang sudah berubah..TIADA PRODUK pon Boleh bisnes... join Shaklee lerrr..meh saya ajarkan macam mana :)

No. #4 FB Pages.  Zaman sekarang sungguh mudah!...Nak jual cara mudah dan cepat dan mesra pengguna kena ada FB Pages produk yang nak dijual itu.  Kalau Nak menarik lagi bagi nampakkan FB Pages kita tuh lebih PROFESIONAL, anda kena ___________.  Hehehehehe kalau nak tahu RAHSIA jom join Shaklee.. saya ajarkan dari A - Z.  

No. #5 Folder Borang Pos Laju.  Folder borang pos laju?? Apa keperluannya tuh??  Hehehe ok Folder nih khususnya untuk salinan slip-slip poslaju yang dihantar oleh anda kepada pembeli anda.. JANGAN BUANG SLIP POS LAJU..SIMPAN! Supaya sebagai rekod anda juga!

Folder Salinan Slip Pos Laju saya bagi tahun 2014 :)

No. #6 Flyers.  Pentingnya flyers nih adalah untuk memaklumkan kepada pembeli atau bakal pembeli produk anda apa produk yang anda jual.  Sertakan sekali Flyers kepada pembeli dalam pesanan yang dihantar itu ya.  Nak bagus lagi buatlah cop nama perniagaan..baru RM6 jek kalau tak silap saya di kedai-kedai cop.  Untuk flyers pula, kalau tak silap saya...nak masukkan flyers dalam akhbar metro atau apa-apa akhbar..kedai akan amik RM 0.04 - RM 0.07sen sekeping..  kalau ada budget bulehlah war-warkan bisnes anda :)

Flyers Produk shaklee 2014..murah jek :)
No. #7 Usaha.  Duit bukan datang bergolek-golek depan kita..if ingin berjaya kita kenalah ada sedikit usaha dan lebih baik lagi kita laksanakan Solat Dhuha agar di murahkan rezeki kita oleh Allah S.W.T.  Dia adalah Maha Pemurah..

11 Sebab..


Hari nih nak cerita sket pasal Kolagen :)  Kolagen  merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.


Collagen Powder Shaklee  dan Ikan Merah??

Shaklee Collagen Powder ni memang semulajadi dan sumber kolagen yang hebat. Sebab? Sebab Shaklee Collagen Powder mengandungi 4,000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) kolagen iaitu kolagen yang sangat berkualiti tinggi, tulen, lasak dan elastik yang diestrak daripasa sisik ikan Snapper. Ikan Snapper ni kalau orang Malaysia panggil ikan merah.

Lepas tuh, selain kolagen ikan tadi ada beberapa bahan utama lain yang dimasukkan kedalam Shaklee Collagen Powder ni. Ade estrak biji  benih camellia Japonica, ade estrak Pfaffia, estrak kerang kerangan, lactobacillius acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Semua bahan-bahan ni digabungkan untuk meningkatkan kadar keberkesanan RSS yg saya habaq tadi tu.


APA BEZANYA??  Collagen Powder Shaklee dengan Collagen Lain??

  • TIADA BAHAN PENGAWET atau Bahan TIRUAN.   
  • 100% Dari Sumber Semulajadi!
  • Terbukti berkesan sebanyak 69% Peningkatan terhadap Kelembapan kulit!
  • Terbukti berkesan 75% Peningkatan terhadap Kelicinan Kulit!
  • 90% Peningkatan terhadap Keserian wajah dan kulit!
  • 80% Pengurangan Kedutan di wajah!

Ok lah sampai disini sahaja serba sedikit tentang produk yang terbaik ini yang ingin saya kongsikan bersama kepada anda if berminat untuk order boleh PM/SMS/Whatsapp :

Rozy Saleh
013-7041359
Saya juga boleh memberikan nasihat percuma tentang produk ini sama ada dari segi cara pemakanannya dan sebagainya.. Tanya saya ya:) Insya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...