Join us

Autoresponder Terbaik!

Instapage

Sunday 14 September 2014

10 Tips Paling Efektif Menjual Secara Online!


Kali ini entry saya nak share 10 tips Paling Efektif menjual sebarang produk secara online.. Tips ini memang saya telah guna pakai dari dulu-dulu lagi :)

Tips #1: FB Pages/FB Personal
Ya anda kena ada FB Pages atau FB Personal.  Dengan adanya FB Pages atau FB Personal, bakal pembeli akan berasa yakin untuk membeli dengan anda. Tunjukkan bahawa anda adalah manusia yang jujur dan tunjukkan diri anda :)

 Tips #2: Bina Blog PERCUMA
Selepas buat FB Pages, sekarang bina pula Blog anda.  Tidak perlu membuang duit membeli hosting dan domain sekiranya anda tidak mahir lagi.  Cukup dengan menggunakan platform Blogger seperti saya ini :).  Sungguh mudah nak buat entry dan sebagainya dan mesra pengguna gitu.

Tips #3: Jangan MENJUAL! Kongsi Maklumat!
Di FB Pages anda cuba JANGAN MENJUAL! Maksud saya di FB jangan letakkan post-post suruh orang membeli produk yang anda jual.  Kenapa?? Saya bagi anda contoh situasi di sini:
"Ada seorang penjual produk kosmetik datang dihadapan pintu rumah anda dan memberikan salam, di dalam hati anda pasti anda akan cuba mengelak untuk membuka pintu atau akan cuba menolak apa jua yang dijual penjual tersebut...Si Penjual selepas memberikan salam, terus memperkenalkan diri dan terus menyuruh anda membeli produk yang dijualnya..So, Adakah anda akan membeli??  Kompem anda TIDAK MEMBELI bukan?? Faham maksud saya?? :)

Tips #4: Sediakan Cara Paling Mudah Untuk Membeli
Jangan suruh bakal-bakal pembeli mengisi borang tempahan yang panjang berjela-jela..Kalau boleh sediakan cara yang paling mudah  iaitu samada Whatsapp atau SMS.  Contoh:

Untuk sebarang order sila SMS/Whatsapp <OrderVivix> 
ke 011-1234567

Tips #5: Penghantaran POSLAJU!
Maklumkan bahawa sebarang Penghantaran adalah melalui POSLAJU atau pihak kurier yang lain.  Pembeli bila dah membayar pasti inginkan barangnya sampai dengan CEPAT! Bagi no tracking, whatsapp gambar barang yang telah siap dibungkus atau slip Pos laju.  Updatekan di dalam FB Pages atau FB personal anda tentang penghantaran terkini oleh anda.

Lagi 5 Tips berikutnya...
Tunggu ya, artikel akan datang nih :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...