Join us

Autoresponder Terbaik!

Instapage

Thursday 21 August 2014

Resipi Roti Jala dan Kari Ayam Kentang

Hari ni dia mai mood rajin. Tiga, empat hari lepas buat Apam Balik. Cita-cita kali ni nak buat kuih-muih sendiri. Kalau beli, banyak mana lah sangat dapat kann.. Semua serba serbi mahal sekarang nih. Antara kuih-muih yang bakal dibuat adalah:

  • Apom lenggang
  • Seri ayu/puteri ayu 
  • Karipap
  • Kole kacang
Alhamdulillah hari ni dapat buat satu lagi resipi iaitu roti jala dan kari ayam letak kentang. Baru hari ni juga dapat tahu, rupanya roti jala ni dikenali sebagai "Net Pancake" atau "Lace Pancake". Kelasss gitu..hehe


Roti Jala

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1/2 - 1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
Pewarna kuning
Daun pandan yang diikat dan sedikit minyak untuk oles kuali.


* nak buat separuh adunan pun boleh, cuma adjust sikit bahagian air
** mak cakap, adunan lebih kurang macam kuih ketayap.
  1. Campurkan semua bahan guna whisk. Adunan jangan pekat sangat. Sebab masa nak kirai nanti, tepung akan mengembang.
  2. Tapis adunan.
  3. Panaskan kuali nipis (yg selalu org guna untuk buat capati tu). Kalau takda, boleh guna non-stick pan.
  4. Api jangan kecik sangat. Medium tu dah ok. 
  5. Sapu sikit minyak guna daun pandan, pastu dah boleh kirai.
*Mula-mula tu mungkin akan melekat sikit. Tapi lepas tu dah ok.

Kari Ayam

300g Isi ayam dipotong dadu (1/4 ayam pun ok)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging**
2 sudu besar cili boh/mesin**
Buah pelaga***
Kulit kayu manis***
Bunga cengkih***
Bunga lawang***
Daun kari
Asam keping/gelugoq
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Santan 1/2 kotak
2-3 biji kentang dipotong dadu
1 sudu besar kerisik (kalau takda pun takpa tapi kalau ada, lagi sedap)

  1. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Gaul sekali bahan yang bertanda **
  3. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan bertanda *** dan daun kari. Kemudian masukkan bahan yang dikisar.
  4. Masuk pula bahan yang bertanda** dan kerisik. Tumis sampai terbit minyak/garing. 
  5. Masukkan ayam. Bila ayam dah agak kecut, baru masukkan air dan kentang. Masukkan sekali asam keping.
  6. Bila kentang dah empuk, masukan santan, garam dan gula secukup rasa. biarkan mendidih sekali lagi. Kemudian tutup api.
Hidangkan bersama degan roti jala.



Selepas makan tu, jangan lupa pulak ambil 3 biji Lecithin untuk bakar lemak.. ;)


Selamat mencuba!


Monday 11 August 2014

Set Kurus Bajet Shaklee

SET KURUS BAJET 



Nak kurus? Tapi bajet terhad?

Kombinasi Lecithin dan Herb-Lax membantu untuk membakar lemak yang tidak diingini dan mengeluarkannya dari sistem badan dengan lebih efektif tanpa perlu berulang-alik ke tandas!

Lecithin

Lecithin bertindak dengan:
  • Memecahkan lemak/kolesterol
  • Menghalang obesiti- pengambilan Lecithin mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang
  • Meringankan sembelit- Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus
Lecithin juga:
  • Menyerap vitamin larut lemak
  • Melindungi hati
  • Mencantikkan tot dan kulit
  • Memperbaiki alergi
  • Menghalang kejadian batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki prostat lelaki

Herb-lax

Herb-lax mengandungi 9 herba semulajadi: Alfalfa Leaves, Senna Leaves, Anise Seed, Blue Malva Flower, Buckhorn Bark, Licorice Root, Rhubarb Root, Fennel Seed & Culver's Root. 

Berfungsi untuk:
  • Pembersihan najis tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut dan membantu menurunkan berat badan
  • Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan ke dalam air panas sebagai minuman teh herba
  • Menghilangkan jerawat


Rozy Saleh
013-7041359



Shaklee dan Elie Wiesel Foundation?

Berikut merupakan Company Statement daripada SHAKLEE berkenaan dengan iklan oleh Elie Wiesel pengasas Elie Wiesel Foundation di New York Times.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...