Join us

Autoresponder Terbaik!

Instapage

Sunday 27 April 2014

Kenali Penyakit Buasir!

Apa itu Penyakit Buasir atau Hemoroid?  Penyakit Buasir adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.

 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB??

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
SIMPTOM-SIMPTOM BUASIR!!

  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempuh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
TAHAP PENYAKIT BUASIR

  • Tahap 1:  Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
  • Tahap 2: Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).
  • Tahap 3: Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
  • Tahap 4: Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
JENIS-JENIS BUASIR

BUASIR DALAMAN - Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

BUASIR LUARAN - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


*P.S : Baru-baru ini juga salah seorang customer saya juga mempunyai masalah buasir, setelah saya suggestkan Set buasir dari Shaklee, Alhamdullilah TIDAK SAMPAI SEMINGGU!! makan set buasir telah menunjukkan kesan yang amat positif dan beliau amat bersyukur sangat2.. Saya juga rasa amat gembira kerana dapat membantu beliau menangani masalah buasirnya :)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...