Join us

Autoresponder Terbaik!

Instapage

Thursday 21 August 2014

Resipi Roti Jala dan Kari Ayam Kentang

Hari ni dia mai mood rajin. Tiga, empat hari lepas buat Apam Balik. Cita-cita kali ni nak buat kuih-muih sendiri. Kalau beli, banyak mana lah sangat dapat kann.. Semua serba serbi mahal sekarang nih. Antara kuih-muih yang bakal dibuat adalah:

  • Apom lenggang
  • Seri ayu/puteri ayu 
  • Karipap
  • Kole kacang
Alhamdulillah hari ni dapat buat satu lagi resipi iaitu roti jala dan kari ayam letak kentang. Baru hari ni juga dapat tahu, rupanya roti jala ni dikenali sebagai "Net Pancake" atau "Lace Pancake". Kelasss gitu..hehe


Roti Jala

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1/2 - 1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
Pewarna kuning
Daun pandan yang diikat dan sedikit minyak untuk oles kuali.


* nak buat separuh adunan pun boleh, cuma adjust sikit bahagian air
** mak cakap, adunan lebih kurang macam kuih ketayap.
  1. Campurkan semua bahan guna whisk. Adunan jangan pekat sangat. Sebab masa nak kirai nanti, tepung akan mengembang.
  2. Tapis adunan.
  3. Panaskan kuali nipis (yg selalu org guna untuk buat capati tu). Kalau takda, boleh guna non-stick pan.
  4. Api jangan kecik sangat. Medium tu dah ok. 
  5. Sapu sikit minyak guna daun pandan, pastu dah boleh kirai.
*Mula-mula tu mungkin akan melekat sikit. Tapi lepas tu dah ok.

Kari Ayam

300g Isi ayam dipotong dadu (1/4 ayam pun ok)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging**
2 sudu besar cili boh/mesin**
Buah pelaga***
Kulit kayu manis***
Bunga cengkih***
Bunga lawang***
Daun kari
Asam keping/gelugoq
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Santan 1/2 kotak
2-3 biji kentang dipotong dadu
1 sudu besar kerisik (kalau takda pun takpa tapi kalau ada, lagi sedap)

  1. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Gaul sekali bahan yang bertanda **
  3. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan bertanda *** dan daun kari. Kemudian masukkan bahan yang dikisar.
  4. Masuk pula bahan yang bertanda** dan kerisik. Tumis sampai terbit minyak/garing. 
  5. Masukkan ayam. Bila ayam dah agak kecut, baru masukkan air dan kentang. Masukkan sekali asam keping.
  6. Bila kentang dah empuk, masukan santan, garam dan gula secukup rasa. biarkan mendidih sekali lagi. Kemudian tutup api.
Hidangkan bersama degan roti jala.



Selepas makan tu, jangan lupa pulak ambil 3 biji Lecithin untuk bakar lemak.. ;)


Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...