Apa itu Penyakit Buasir atau Hemoroid? Penyakit Buasir adalah penyakit yang terjadi pada bahagian
dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak.
Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar.
Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas
bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar
menjadi amat perit. Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan
saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak
pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi
disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB??
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
- Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
- Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
- Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
- Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
- Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempuh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
- Tahap 1: Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
- Tahap 2: Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).
- Tahap 3: Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
- Tahap 4: Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
BUASIR DALAMAN - Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak
jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan
gangguan dari laluan najis
semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang
getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang
berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika
keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah
tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
BUASIR LUARAN - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala
seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit
(bekalan darah akan terputus), bekuan darah
akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan
perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum
teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia
dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali
walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan
yang dahulunya.
*P.S : Baru-baru ini juga salah seorang customer saya juga mempunyai masalah buasir, setelah saya suggestkan Set buasir dari Shaklee, Alhamdullilah TIDAK SAMPAI SEMINGGU!! makan set buasir telah menunjukkan kesan yang amat positif dan beliau amat bersyukur sangat2.. Saya juga rasa amat gembira kerana dapat membantu beliau menangani masalah buasirnya :)
*P.S.S : Lebih baik mencegah sebelum makin teruk :)
No comments:
Post a Comment